Print
PDF
02
Jun

KPTM/KUPTM Rai Anak Yatim Miskin Rumah Penyayang Nur Iman Bersama MARA Wilayah

Written by Communication Corporate Section on 02 June 2018.

rai-anak-yatim-nur-iman

02 Jun 2018 | TAMAN IBU KOTA, KUALA LUMPUR | KPTM/KUPTM RAI ANAK YATIM MISKIN RUMAH PENYAYANG NUR IMAN BERSAMA MARA WILAYAH


MARA bersama dengan anak-anak syarikat termasuk KPTM telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Meraikan Anak-anak Yatim.

Program ini telah diadakan di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Miskin Muallaf Penyayang Nur Iman, Danau Kota Setapak bersekali dengan Majlis Berbuka Puasa dan di sertai oleh Pengarah-pengarah MARA, pengawal-pengawal Pusat MARA dan 35 orang anak-anak yatim yang diraikan.

Aktiviti gotong-royong telah diadakan bagi membersihkan ruang-ruang rehat dan bilik tidur anak yatim/asnaf dan pelajar KUPTM juga turut memeriahkan program bersama anak yatim dengan mengadakan pertandingan mewarna bagi anak yang berumur 12 tahun kebawah dan membuat ketupat hiasan bagi 18 kebawah.

Penganjuran program ini adalah hasil daripada inisiatif MARA untuk menjadikan penjenamaan korporat anak syarikat dan MARA lebih kukuh dan dikenali menerusi aktiviti-akiviti kebajikan pada bulan yang penuh keberkatan ini.

KPTM merupakan salah sebuah anak syarikat yang bekerjasama dalam merealisasikan program ini dan KPTM diberi tanggungjawab untuk menyumbangkan beberapa keperluan program.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat