Print
PDF
06
Jun

Program Ihya Ramadhan Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Dan Dodol Anjuran HEP KUPTMKL Dengan Kerjasama KKSK

Written by Communication Corporate Section on 06 June 2018.

ihya-ramadhan-hepkuptm-kksk

6 Jun 2018 | KUPTMKL , CHERAS | PROGRAM IHYA RAMADHAN GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN DODOL ANJURAN HEP KUPTMKL DENGAN KERJASAMA KKSK

Program Ihya Ramadhan Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk dan Dodol telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL) dibantu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama KKSK telah diadakan di perkarangan KUPTMKL bagi sama-sama membina ukhuwah dikalangan pelajar dan kakitangan KPTM/KUPTM.

Sesi memasak dodol yang diadakan seawal jam 9.30 pagi turut dihadiri oleh YBhg. Encik Nordin Bin Ahmad, Ketua Pengawai Eksekutif dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Nasir Bin Hj. Saludin, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus menjalankan tugas Naib Canselor KUPTM.

Objektif mengeratkan siratulrahim antara pelajar dan kakitangan tercapai apabila semua kakitangan dan pelajar bersama-bersama bergotong-royong mengacau dodol dan telah diagihkan kepada semua pelajar dan kakitangan.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat