Print
PDF
06
Jun

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian diantara KPTM Sdn Bhd dengan PSTC Sdn Bhd

Written by Communication Corporate Section on 06 June 2018.

 sign-moa-pstc

6 Jun 2018 │KPTM KUANTAN | MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) DIANTARA KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD. DENGAN PETRO SAFETY TRAINING & CONSULTANCY SDN BHD

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian diantara KPTM Sdn Bhd dengan PSTC Sdn Bhd telah berlangsung di KPTM Kuantan. KPTM Sdn Bhd diwakili oleh Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif manakala PSTC Sdn Bhd pula diwakili oleh Encik Mohd. Nizam bin Mohd. Isa, Pengarah Urusan.

Dengan termeterainya perjanjian ini, maka bermulalah satu jalinan kerjasama yang mantap diantara KPTM Sdn Bhd dengan PSTC Sdn Bhd dalam memartabatkan bidang “Keselamatan dan Kesihatan” bukan sahaja dikalangan warga KPTM tetapi juga kepada masyarakat sekeliling.

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran serta prasarana yang sesuai dengan bidang “keselamatan dan kesihatan” dan telah menghasilkan kursus-kursus baharu yang bakal ditawarkan di KPTM Kuantan.

Kursus berkaitan bidang “keselamatan dan kesihatan” yang bakal ditawarkan pada hujung bulan Julai 2018 adalah Kursus Site Safety Supervisor (SSS). Kursus jangka pendek 10 hari ini merupakan kursus bagi meningkatkan kompetensi dalam bidang penyeliaan keselamatan tapak.

Untuk keterangan lanjut mengenai kursus ini, sila hubungi Encik Razmi (013 920 4510) atau Encik Shafik (017 966 2686)

Sumber : Pengarah KPTM Kuantan