Print
PDF
31
May

Program Pautan Ukhuwah Memasak Bubur Lambuk & Majlis Iftar Ramadhan KPTM Ibu Pejabat

Written by Communication Corporate Section on 31 May 2018.

iftar-ramadhan

30 Mei 2018 | KPTM IBU PEJABAT, CHERAS | PROGRAM PAUTAN UKHUWAH MEMASAK BUBUR LAMBUK & MAJLIS IFTAR RAMADHAN KPTM IBU PEJABAT

Program Pautan Ukhuwah Memasak Bubur Lambuk & Majlis Iftar Ramadhan telah dianjurkan oleh KPTM Ibu Pejabat bagi sama-sama membina ukhuwah kakitangan ibu pejabat.

Sesi memasak bubur lambuk yang diadakan seawal jam 9.00 pagi telah diadakan di Parkir Kereta Pengurusan dan sesi iftar di Dewan Bunga Mawar KPTM Ibu Pejabat.

Objektif mengeratkan siratulrahim antara kakitangan tercapai apabila semua kakitangan bersama-bersama bergotong-royong mengacau dan memasak bubur lambuk dan telah diagihkan kepada semua kakitangan KPTM Ibu Pejabat.

Pada sebelah petang pula, tazkirah Ramadhan diadakan beserta Majlis Serahan Zakat kepada golongan asnaf KPTM dan telah diwakilkan kepada pengarah kampus masing-masing untuk diagihkan kepada kakitangan yang layak. Serahan disempurnakan oleh YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat