Print
PDF
15
Apr

Himpunan Saya Anak Mara Satukan Keluarga Besar MARA

Written by Communication Corporate Section on 15 April 2018.

 

15 April 2018 | UniKL MIAT | Subang | HIMPUNAN SAYA ANAK MARA SATUKAN KELUARGA BESAR MARA


 

Program Himpunan Anak MARA yang berlangsung di UniKL MIAT hari ini telah menyaksikan lebih 5,000 orang keluarga besar MARA dari seluruh negara berhimpun di bawah satu bumbung.

Program yang berlangsung di UniKL MIAT yang terletak di Subang ini menghimpunkan warga MARA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti warga MRSM, warga Institusi Pendidikan MARA (IPMA), para usahawan kelahiran MARA dan ramai lagi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri. Hadir sama dalam majlis ini YBhg Pengerusi MARA, Ketua Pengarah MARA, Pengerusi KPTM dan Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

Lautan warga MARA yang berhimpun pada hari ini begitu optimis dan yakin bahawa MARA akan sentiasa kekal relevan dalam menjaga kepentingan Bumiputera di negara ini.

#komunikasikorporatkptm
#ebuletinkptm
#kptmsehatisejiwa
#satukptm
#himpunansayaanakmara
#mengenggamlangitbiru