Print
PDF
09
Apr

KPTM Tunai Tanggungjawab Sosial Korporat, Taja 50 Pelajar Baru Luar Bandar Dan Yuran Pendaftaran Percuma Tajaan Parlimen Jerantut

Written by Communication Corporate Section on 09 April 2018.

serahan-tajaan 

9 APRIL 2018 | JERANTUT PAHANG | KPTM TUNAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT, TAJA 50 PELAJAR BARU LUAR BANDAR DAN YURAN PENDAFTARAN PERCUMA TAJAAN PARLIMEN JERANTUT

 

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini telah menjelajah ke lokasi ke sebelas iaitu di Jerantut Pahang.

KPTM merupakan salah satu Rakan Strategik JPB 2018 dimana KPTM telah turut serta di semua lokasi dalam siri jelajah ini. Sebanyak 32 lokasi telah dipilih dalam melaksanakan misi mencari, mengenal pasti dan membantu masyarakat Bumiputera bagi meneruskan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat sama.

Di program JPB ini, KPTM membuka gerai promosi untuk memberi maklumat secara terus berkenaan pengajian yang ditawarkan KPTM.

Lokasi Kesebelas di Jerantut adalah bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut dan dirasmikan oleh Leftenan Kolonel Tengku Zamarul Zaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, merangkap Pegawai Pemerintah Batalion Pertama 505 AW Mekanise.

KPTM sentiasa bergerak proaktif dalam menyalurkan pendidikan kepada anak bangsa. Justeru, menerusi JPB kali ini, Pengerusi KPTM, YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris mengisytiharkan yuran pendaftaran percuma kepada semua anak-anak Jerantut sebagai peluang yang ditawarkan oleh Ahli Parlimen Jerantut sendiri yang menaja yuran pendaftaran sebanyak RM250.

Selain itu, menerusi JPB 2018 ini juga, KPTM menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KPTM Sehati Sejiwa menawarkan pendaftaran percuma kepada 50 orang pemohon terawal yang membuat pendaftaran di KPTM di kampus cawangannya di seluruh negara dengan syarat kelayakan yang ditentukan iaitu keputusan peperiksaan cemerlang, dan luar Bandar serta pendapatan keluarga golongan B40.

JPB 2018 mensasarkan 200,000 orang pelajar Melayu Bumiputera lepasan SPM dan STPM bagi tahun 2013-2017 yang keciciran di seluruh negara yang melibatkan 23 lokasi utama dan 84 Parlimen di seluruh negara bermula 24 Mac - 1 Mei 2018.

 

#komunikasikorporatkptm
#kptmsehatisejiwa
#satukptm
#ebuletinkptm