Print
PDF
07
Apr

Gerai Promosi KPTM Di JPB Bera Diserbu Orang Ramai

Written by Communication Corporate Section on 07 April 2018.

jpb-bera

7 APRIL 2018 | BERA, PAHANG | GERAI PROMOSI KPTM DI JPB BERA DISERBU ORANG RAMAI

 

Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) kali ini bermukim di Kompleks Rakan Muda, Bera, Pahang dan KPTM masih tidak melepaskan peluang dengan menyertai program jelajah ini untuk menyokong dan mengambil kesempatan mempromosikan peluang pengajian yang ditawarkan di 9 kampus cawangan KPTM di seluruh Malaysia.

JPB yang memberikan peluang kedua kepada lepasan SPM/STPM dan kelayakan setaraf untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma dan ijazah di IPTA dan IPTS sememangnya perlu diambil perhatian oleh pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM kerana inilah permulaan untuk anda meraih kejayaan. Jangan lepaskan peluang yang ada!

Lokasi di Bera kali ini memberikan kelebihan buat KPTM kerana semenjak penubuhan Akademi Keusahawanan KPTM di Bera, akademi ini telah menjadi sebagai pusat sehenti dalam menyebarkan maklumat berkenaan peluang-peluang pengajian di KPTM termasuk kursus yang ditawarkan di akademi ini.

Buktinya gerai promosi KPTM telah diserbu kira-kira 1000 pengunjung. Menariknya di gerai promosi KPTM di sini, petugas promosi mengeluarkan terus surat tawaran kepada pelajar yang memenuhi syarat kemasukan ke KPTM.

Majlis Perasmian JPB di Bera hari ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah yang juga Ahli Parlimen Bera serta Menteri Mentor JPB. 
Beliau juga sempat menyerahkan surat tawaran kepada 4 orang bakal pelajar yang mendaftar di gerai promosi KPTM hari ini. Hadir sama daripada KPTM adalah YB. Dato' Hj. Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi KPTM dan En. Nordin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

 

#komunikasikorporatkptm
#kptmsehatisejiwa
#satukptm
#ebuletinkptm