Print
PDF
21
Mar

Engagement CEO Bersama Staf KPTM Kuantan Serta Penyerahan Sumbangan Kepada Staf Mangsa Banjir

Written by Communication Corporate Section on 21 March 2018.

engagement-ceo-bersama-staf

21 MAC 2018 | KPTM KUANTANENGAGEMENT CEO BERSAMA STAF KPTM KUANTAN SERTA PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA STAF MANGSA BANJIR

 

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. En. Nordin Bin Ahmad telah mengadakan sesi engagement ke kampus KPTM Kuantan bagi menyampaikan amanat dan beramah mesra dengan warga kerja KPTM Kuantan.

Antara intipati engagement tersebut adalah berkenaan hala tuju KPTM dan sebagai kampus cawangan juga perlu bergerak dengan proaktif dalam memasang strategi pemasaran yang berkesan bagi menarik lebih ramai pelajar sekaligus menambah pendapatan KPTM Kuantan. Katanya, setiap staf perlu mempunyai target untuk mempelbagaikan teknik pemasaran bagi menarik pelajar mendaftar di KPTM Kuantan.

Pada masa sama, YBhg. En Nordin turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada 7 orang staf yang menjadi mangsa banjir semasa bulan Januari 2018 yang lalu dengan pemberian sumbangan wang berjumlah RM500 setiap seorang.

Hadir sama dalam sesi engagement ini adalah Pengarah Kanan Jabatan Sumber Manusia, En. Mohd Sahidi bin Yaakob dan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin daripada Ibu Pejabat.

Disediakan oleh Seksyen Komunikasi Korporat
Sumber Info : Pengarah KPTM Kuantan

#komunikasikorporatkptm
#kptmsehatisejiwa
#satukptm
#ebuletinkptm