Print
PDF
24
Mar

KPTM Jadi Rakan Strategik Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018

Written by Communication Corporate Section on 24 March 2018.

jelajah-pendidikan-bumiputera

24 Mac 2018 | BAGAN DATUK PERAK | KPTM JADI RAKAN STRATEGIK JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2018

 

Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB 2018) yang bertujuan meningkatkan tahap pendidikan kaum Bumiputera, memulakan siri penjelajahan mereka di lokasi pertama iaitu di Parlimen Bagan Datuk hari ini.

Majlis Pelancaran di lokasi pertama JPB 2018 ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

Kira-kira 5,000 pelajar lepasan SPM dan STPM dari sekitar Parlimen Bagan Datuk, Teluk Intan, dan Sabak Bernam mengunjungi lokasi pertama siri jelajah ini.

Pada masa sama, KPTM yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Nordin Bin Ahmad telah menerima Watikah Pelantikan Rakan Strategik JPB 2018 dimana KPTM akan turut serta di semua lokasi dalam siri jelajah ini.

Sebanyak 32 lokasi dipilih dalam melaksanakan misi mencari, mengenal pasti dan membantu masyarakat Bumiputera bagi meneruskan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

JPB 2018 mensasarkan 200,000 orang pelajar Melayu Bumiputera lepasan SPM dan STPM bagi tahun 2013-2017 yang keciciran di seluruh negara yang melibatkan 23 lokasi utama dan 84 Parlimen di seluruh negara bermula 24 Mac - 1 Mei 2018.

Hadir sama YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah dan Dato' Azhar bin Manaf, Ketua Pengarah MARA.

 

#komunikasikorporatkptm
#kptmsehatisejiwa
#satukptm
#ebuletinkptm