Print
PDF
18
Mar

KPTM Giat Promosi Di Luar Bandar Menerusi Program Taman Negara Bird Count 2018

Written by Communication Corporate Section on 18 March 2018.

 bird-count

18 MAC 2018 | JERANTUT PAHANG |KPTM GIAT PROMOSI DI LUAR BANDAR MENERUSI PROGRAM TAMAN NEGARA BIRD COUNT 2018

 

KPTM sentiasa proaktif dalam usaha mempromosikan jenamanya di luar bandar dengan menyertai program Taman Negara Bird Count 2018.

Program yang berlangsung selamat 3 hari bermula pada 16-18 Mac 2018 di Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut Pahang ini turut disertai oleh 30 orang pelajar dari KPTM Alor Setar, KPTM Kota Bharu dan KUPTM Kuala Lumpur.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Ahmad Nazlan Bin Idris, selaku Ahli Parlimen Jerantut merangkap Pengerusi KPTM.

Hadir sama, wakil En Syamsul Fozy Bin Osman, Timbalan Pengarah Perancangan Koporat mewakili Ketua Pegawai Eksekutif KPTM dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En Rahman bin Mat Rawi.

Bagi memastikan Promosi Ambilan Pelajar Sesi April/Mei/Julai 2018, Seksyen Pemasaran Korporat telah berkampung di Taman Negara dengan membuka booth pameran bagi menyalurkan maklumat mengenai peluang pengajian di KPTM dan KUPTM kepada para peserta dan pengunjung yang menghadiri program ini.

Jom masuk KPTM! 
Layari www.kptm.edu.my