Print
PDF
14
Mar

KPTM Sertai Sesi Flag Off Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 Oleh YAB. Perdana Menteri

Written by Communication Corporate Section on 14 March 2018.

flag-off jpb

14 MAC 2018 | JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA | KPTM SERTAI SESI FLAG OFF JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2018 OLEH YAB. PERDANA MENTERI

Siri Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) bagi tahun 2018 dimulakan dengan acara Flag Off oleh YAB. Perdana Menteri di Perkarangan Jabatan Perdana Menteri.

JPB 2018 mensasarkan 200,000 orang pelajar Melayu Bumiputera lepasan SPM dan STPM tahun 2013-2017 yang keciciran di seluruh negara yang melibatkan 23 lokasi utama dan 84 Parlimen di seluruh negara bermula 24 Mac - 1 Mei 2018.

KPTM akan menyertai jelajah ini di setiap lokasi seluruh negara yang telah ditetapkan dengan membuka booth yang menyediakan maklumat berkenaan tawaran pengajian di KPTM dan KUPTM.

Majlis Flag off ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pagi tadi di perkarangan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hadir sama adalah Pengerusi KPTM, YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan Idris, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Dato' Rosley Dol dan En Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

Jom masuk KPTM. 
Layari www.kptm.edu.my

Seksyen Komunikasi Korporat
Ibu Pejabat KPTM