Print
PDF
13
Mar

KPTM Dekati Warga Pendidik Di Program Pemukiman Warga Pendidik Daerah Jerantut

Written by Communication Corporate Section on 13 March 2018.

kptm-dekati-warga-pendidik

13 MAC 2018 | JERANTUT PAHANG | KPTM DEKATI WARGA PENDIDIK DI PROGRAM PEMUKIMAN WARGA PENDIDIK DAERAH JERANTUT

KPTM sentiasa bergerak proaktif dalam usaha mengukuhkan jenamanya dengan menyertai penganjuran program-program bersama masyarakat setempat.

Bertempat di SMK Temin, KPTM menyertai penganjuran Program Pemukiman Warga Pendidik Daerah Jerantut dalam usaha mencapai objektif untuk memberi kesedaran tentang KPTM kepada kira-kira 600 orang pendidik dari sekolah-sekolah Daerah Jerantut. Ia sekaligus mengukuhkan lagi aktiviti publisiti dan imej korporat KPTM serta dapat mempromosikan KPTM kepada barisan tertinggi pendidik ini.
.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan YB. Datuk Othman Aziz. Hadir sama, YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi KPTM merangkap Ahli Parlimen Jerantut. 
.
Pada masa sama KPTM menerusi Seksyen Pemasaran Korporat turut menyediakan booth bagi menyalurkan maklumat mengenai tawaran-tawaran pengajian di KPTM dan KUPTM. 
.
Jom masuk KPTM! 
Layari www.kptm.edu.my