Print
PDF
12
Mar

10 Pelajar Terima Watikah Pelantikan MPP Semasa Program Engagement CEO Bersama Warga KPTM Kesedar

Written by Communication Corporate Section on 12 March 2018.

watikah-pelantikan

12 Mac 2018 | KPTM KESEDAR| Gua Musang, Kelantan

"10 PELAJAR TERIMA WATIKAH PELANTIKAN MPP SEMASA PROGRAM ENGAGEMENT CEO BERSAMA WARGA KPTM KESEDAR"

Majlis Engagement Ketua Pengawai Eksekutif Bersama Warga Kerja KPTM KESEDAR telah diadakan di Dewan KPTM KESEDAR, Gua Musang yang menyaksikan seramai 10 pelajar yang menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM KESEDAR telah menerima Watikah Pelantikan.

Sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPTM menerusi program KPTM Sehati Sejiwa telah memberi sumbangan bagi meringankan beban adik Nuraminatul Nadiah Binti Johan yang telah kehilangan ayahanda tercinta.

Majlis penyampaian sijil dan penyerahan sumbangan ini telah disampurnakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif KPTM, En Nordin Bin Ahmad.

Hadir sama, Pengarah KPTM KESEDAR, En Wan Mohamad bin Wan Daud dan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin.

Semoga majlis ini dapat mengukuhkan semangat sepasukan serta menyuntik semangat kepada seluruh warga KPTM KESEDAR agar memberi sepenuh komitmen dalam merealisasikan visi dan misi KPTM.

Jom masuk KPTM.
Layari www.kptm.edu.my

#komunikasikorporatkptm
#kptmsehatisejiwa
#satukptm
#ebuletinkptm