Print
PDF
09
Mar

Akademik Keusahawanan KPTM Di Bera Dekati Kaunselor Sekolah Daerah Bera

Written by Communication Corporate Section on 09 March 2018.

akademik-keusahawanan

9 MAC 2018 | AKADEMI KEUSAHAWANAN KPTM DI BERA DEKATI KAUNSELOR SEKOLAH DAERAH BERA

Satu Program Hi Tea bersama Kaunselor-kaunselor Daerah Bera telah diadakan oleh Akademi Keusahawanan KPTM di Bera bagi mengeratkan hubungan bersama kaunselor-kaunselor sebagai kumpulan sasaran untuk memberi pendedahan berkenaan KPTM. 
.
Turut hadir En Hafizam Abd Latif, Ketua Unit Menengah mewakili PPD Bera, juga Pengerusi Majis Kaunselor Kebangsaan Negeri Pahang En Adnan dari Pejabat Pendidikan Daerah Bera.
.
Pengurus Akademi Keusahawanan KPTM di Bera, En Sharul Anuar Harun turut memberi penerangan berkenaan tawaran-tawaran program di akademi khususnya bersama dengan pegawai dari Seksyen Pemasaran Korporat KPTM Ibu Pejabat, En Islahuddin Kusran.
.
Semoga dengan anjuran aktiviti-aktiviti seperti ini akan lebih memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kehadiran KPTM dan program yang ditawarkan dan KPTM lebih dekat dengan masyarakat.
.
Seksyen Komunikasi Korporat
.
Sumber info : Pengurus Akademi Keusahawanan KPTM di Bera, En Sharul Anuar Harun