Print
PDF
05
Mar

KPTM Bangi Jalin Kerjasama Stratrgik Dengan Sekolah Angkat

Written by Communication Corporate Section on 05 March 2018.

jalin-kerjasama-strategik

5 MAC 2018 | KPTM BANGI JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN SEKOLAH ANGKAT

Satu jalinan kerjasama strategik telah diadakan oleh KPTM Bangi dengan tiga buah sekolah sekitar Selangor dan Melaka yang dijadikan sebagai sekolah angkat. Sekolah tersebut adalah SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, SMK Tinggi Kajang, Selangor dan SMK Seri Kota, Melaka.
.
Majlis Menandatangani LOI (Letter Of Intent) Kerjasama Strategik di antara KPTM Bangi dan Sekolah Angkat ini merupakan suatu majlis yang diadakan bagi menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara KPTM Bangi bersama Sekolah Angkat bagi meningkatkan penglibatan KPTM Bangi dalam sistem pendidikan negara. 
.
Pada masa sama juga ia adalah sebagai kerjasama pintar yang akan dijalankan antara KPTM dan sekolah-sekolah tersebut dan dikategorikan sebagai 'win-win situation' yang mana KPTM akan menyalurkan bantuan keperluan dan sokongan pembelajaran yang sewajarnya kepada sekolah bagi meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran akademik sekolah. 
.
Sementara bagi KPTM pula ia adalah sebagai platform untuk pelajar sekolah angkat ini melanjutkan pengajian di KPTM selepas tamat SPM kerana KPTM menawarkan pengajian pendidikan tinggi yang setaraf dalam pelbagai peringkat seperti diploma, ijazah, sarjana dan juga di peringkat doktor falsafah serta graduan yang dilahirkan adalah berkebolehpasaran.
.
LOI telah ditandatangani oleh Pengarah KPTM Bangi, En Ramli Mohd Jawi dengan pengetua sekolah terbabit iaitu Pengetua SMK Seri Kota Melaka, En Md Isa Jani, Pengetua SMK Ungku Aziz Sabak Bernam, Pn. Hajah Siti Rahmah Timin dan Pengetua SMK Tinggi Kajang, En Zaizman Mohd Zainuddin. 
.
Majlis menandatangai telah disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, En Nordin bin Ahmad dan turut serta semasa sesi menandatangani adalah Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En. Mohamed Saifuddin Bin Hussin, Timbalan Pengarah Akademik KPTM Bangi, Pn Noor Laili Abdullah, serta Ketua unit kolaborasi KPTM Bangi, Cik Siti Normarlina Hanif.
.
Program ini adalah dibawah kelolaan Pengarah KPTM Bangi, En Ramli bin Mohd Jawi dan diuruskan sepenuhnya oleh unit kolaborasi dengan kerjasama sekretariat Majlis Menandatangani LOI (Letter Of Intent) Kerjasama Strategik di Antara KPTM Bangi dan Sekolah Angkat dengan kerjasama Unit Kolaborasi & Jaringan Industri dan Unit Pemasaran KPTM Bangi.
Tahniah KPTM Bangi.
.
Seksyen Komunikasi Korporat