Print
PDF
03
Mar

CSR KPTM Sehati Sejiwa Melawat dan Menyerahkan Sumbangan Kepada Pelajar KPTM Kota Bharu

Written by Communication Corporate Section on 03 March 2018.

 

sehati-sejiwa-lawat-pelajar

 3 MAC 2018 | CSR KPTM SEHATI SEJIWA MELAWAT DAN MENYERAHKAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR KPTM KOTA BHARU

KPTM menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sehati Sejiwa turut mengambil kesempatan melawat seorang pelajar KPTM Kota Bharu iaitu adik Siti Nor Amani Sulong, jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menderita lumpuh separuh badan secara tiba-tiba.
.
Walaupun sudah boleh bergerak dan berdiri namun kakinya masih lemah dan adik Amani kini masih dalam rawatan dan pantauan pihak hospital. Kami semua mendoakan kesembuhan kepada Amani dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala serta dapat menyambung semula pengajian.
.
Lawatan diketuai oleh YBhg En. Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM serta Pengarah KPTM Kota Bharu, En Nik Khairi Mohd Zain, Pengarah KPTM- KESEDAR, En. Wan Mohamad, Timbalan Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat, Pn. Noraini Ismail dan turut menyerahkan barangan keperluan harian sebagai sumbangan bagi meringankan sedikit beban.
.
Seksyen Komunikasi Korporat