Print
PDF
03
Mar

KPTM Serah Sijil Penajaan Pinjaman Pelajaran MARA Kepada 70 Pelajar KPTM Kota Bharu Pada Perasmian Program IMPAK Bachok

Written by Communication Corporate Section on 03 March 2018.

serahan-sijil-penajaan

3 MAC 2018 | KPTM SERAH SIJIL PENAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA KEPADA 70 PELAJAR KPTM KOTA BHARU PADA PERASMIAN PROGRAM IMPAK BACHOK

Menerusi Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) yang telah dilancarkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui MARA dengan untuk memperkasakan agenda bumiputera dengan pendekatan baharu dan dinamik dalam membawa peluang pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan inisiatif tanggungjawab sosial terus kepada masyarakat terutamanya di luar bandar, KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) optimis menyokong program ini dengan menyertai program 1MPAK dan antaranya dengan sesi Penyerahan Sijil Penajaan Pinjaman Pelajaran MARA kepada pelajar-pelajar yang layak sebagai menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di KPTM.

Program 1MPAK Bachok yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Bachok merupakan lokasi ke-12 daripada 27 lokasi yang telah ditetapkan dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sebagai simbolik majlis penyerahan sijil kepada pelajsr KPTM, Pengerusi MARA telah menyerahkan replika cek berjumlah RM3,272,573 kepada YBhg. En. Nordin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

YBhg. Pengerusi KPTM sempat melawat booth KPTM dan menerima kejutan kek pulut kuning sempena sambutan hari MARA ke-52.

Seksyen Komunikasi Korporat