Print
PDF
23
Feb

Majlis Anugerah Kualiti KPTM Bangi 2017 Hargai Jasa Bakti Kakitangan

Written by Communication Corporate Section on 23 February 2018.

anugerah-kualiti-kptm-bangi-2017


BANGI | 23 FEBRUARI 2018 | MAJLIS ANUGERAH KUALITI KPTM BANGI 2017 HARGAI JASA BAKTI KAKITANGAN

Tahniah dan syabas kepada warga KPTM Bangi yang menerima anugerah penghargaan pada MAJLIS ANUGERAH KUALITI KPTM BANGI 2017 yang diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan yang telah berkhidmat di KPTM Bangi dan komited sedaya upaya mencurahkan khidmat bakti demi kemajuan dan kegemilangan organisasi.

KPTM Bangi yang beroperasi sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) muncul sebuah institusi pendidikan yang disegani dalam kalangan IPMa, terutama setelah dinobatkan sebagai penerima Anugerah MYQUEST bertaraf 6 Bintang bagi College Based Category tahun 2017. KPTM Bangi telah mencipta kejayaan demi kejayaan sepanjang 2016 dan 2017. Kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama serta komitmen menyeluruh oleh warga kerja yang telah menterjemahkan segala perancangan yang disusun oleh pihak Pengurusan kolej.

Sebanyak 41 kategori anugerah yang dipertandingkan antaranya Anugerah Penarafan MyQUEST 6 Bintang, Anugerah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015, Anugerah Sistem Pengurusan Kualiti 5S/QE, anugerah Audit Kualiti Akademik UITM, Anugerah Kecemerlangan Aktiviti Perakaunan, Anugerah Seminar Peperiksaan Akhir, Anugerah Usahawan & Inovasi dan lain-lain.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. En. Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM. Turut hadir, Timbalan Presiden Akademik (Menjalankan Tugas Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar), En. Abdul Azmi Abdul Aziz, Pengarah KPTM Bangi, En. Ramli Mohd Jawi.

Majlis berlangsung dengan meriah di Hotel Bangi Putrajaya, Bandar Baru Bangi.

Seksyen Komunikasi Korporat