Cetak
PDF
05
Feb

KPTM Komited Terhadap Kelestarian Pengurusan Pendidikan Tinggi Berkualiti

Oleh Communication Corporate Section on 05 Februari 2018.

There are no translations available.

deligasi-kptm-kpm

 

Putrajaya, 5 Februari 2018 - Satu sesi pertemuan diantara Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan di Bilik Ibnu Hazim, Aras 2, Bangunan KPT. Antara lain pertemuan ini telah membincangkan kaedah pemantapan pengurusan sistem pendidikan KPTM yang dijangka menghasilkan satu ekosistem pengajian tinggi yang dapat memastikan mutu dan pengeluaran graduan yang berkualiti, berdaya saing dan terampil dalam bidang pengajian yang disediakan termasuk membincangkan beberapa prosedur baru yang ditetapkan oleh KPT bagi penubuhan kampus cawangan KPTM.

Kehadiran kami disambut mesra oleh Puan Aidawati Binti Misdar, Pengarah Bahagian Pendaftaran & Piawaian bersama Pn. Nooriza Binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah & En Mior Amran Bin Mior Ahmad Noor, Pegawai Bahagian Pendaftaran & Piawaian KPT.

Deligasi KPTM telah diketuai oleh En. Abdul Azmi Bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik yang hadir bersama En. Mohamed Saifuddin Bin Hussin, Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Korporat, En. Kassim Bin Osman, Pengarah Jabatan Pendidikan Berterusan, En. Syamsul Fozy Bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Puan Dini Bt Kamaruddin, Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat.A