Print
PDF
23
Dec

KPTM Serah 180 Beg Sekolah Dan Kelengkapan Alat Tulis Sempena Program BACK TO SCHOOL Di Bachok Kelantan

Written by Communication Corporate Section on 23 December 2017.

prog-back-to-school

23 Disember 2017 - Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) hari ini dalam Program Back To School di Bachok Kelantan telah menyumbangkan 180 beg sekolah dan kelengkapan alat tulis kepada pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Bachok Kelantan.

Serahan telah disampaikan oleh Pengerusi MARA, YBhg. Dato' Dr. Awang Adek Bin Hussin. Turut hadir En Nordin bin Ahmad, Menjalankan Tugas CEO KPTM.

Turut berkolaborasi dalam program tahunan anjuran Yayasan Pelajaran MARA ini adalah syarikat Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) yang turut menyumbang sebanyak 150 set pakaian persekolahan selain YPM sendiri turut memberikan sumbangan barangan kelengkapan sekolah.

Penyertaan KPTM dan Pelaburan MARA dalam program ini adalah sebagai melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan sekaligus merapatkan jurang di antara masyarakat.

#komunikasikorporatkptm