Print
PDF
27
Dec

KPTM Proaktif Sebarluaskan Maklumat Pengajian Kepada Guru Besar Dan Pengetua Sekolah

Written by Communication Corporate Section on 27 December 2017.

taklimat-kptm-kepada-guru-besar-pengetua

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2017 - Bertempat di Hotel Premiera Jalan MARA KPTM telah mengambil peluang menyebarluaskan lagi maklumat berkenaan tawaran pengajian di KPTM kepada Pengetua dan Guru-guru Besar Daerah Jerantut. Ia bertujuan bagi memberi maklumat lanjut berkenaan pengajian yang ditawarkan di KPTM dan manfaat menuntut di Institusi Pendidikan MARA ini yang banyak memberi ruang dan peluang pendidikan yang terbaik kepada anak-anak bangsa.

Taklimat peluang pengajian di KPTM/KUPTM telah disampaikan oleh Puan Anwary Syuhaily Rosly, Timbalan Dekan 2 Sekolah Perniagaan dan Perakaunan KUPTM mengenai kursus profesional yang ditawarkan oleh KUPTM.

Program ini juga merupakan salah satu usaha dalam meningkatkan kemasukan pelajar di KPTM dengan memberi promosi dan publisiti KPTM dengan lebih proaktif.

Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA. Turut hadir daripada KPTM adalah Encik Mohd Rusli Bin Ab Wahab, Pengarah Kanan Jabatan Logistik dan Aset mewakili Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Encik Mohd Sahidi Bin Yaakob, Pengarah Kanan Jabatan Sumber Manusia, Puan Noraini Ismail, Timbalan Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat, manakala daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut adalah Pegawai Pendidikan Jerantut, Encik Ali Affandi Bin Abdul Majid bersama kira-kira 100 orang Pengetua dan Guru-guru Besar Daerah Jerantut.

#kptmsehatisejiwa
#komunikasikorporatkptm