Print
PDF
22
Apr

KPTM Prihatin "Sampulnah Lissin" Dekati Masyarakat Semporna

SEMPORNA, 22 APRIL 2011 – Sempena dengan Pesta Regatta Lepa-lepa yang merupakan pesta sambutan oleh kaum Bajau di Sabah, bertempat di Jeti Umum Daerah Semporna, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) mengambil peluang menerusi Program KPTM Prihatin merupakan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah mengadakan program kebajikan membersihkan kawasan Pekan Semporna yang dinamakan ”Sampulnah Lissin” iaitu dalam bahasa Bajau ’pembersihan’.

anakyatim

 


Program ini melibatkan aktiviti membersihkan persisir pantai pekan dan dianjurkan bersama Pemuda UMNO Semporna dan beberapa agensi lain seperti MARA, Giat MARA dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato’ Seri Haji Nasir Bin Tun Sakaran, merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna. Pada majlis ini juga, YB Menteri berbesar hati menyampaikan surat tawaran kepada bakal pelajar KPTM Semporna bagi Sesi Jun/Julai 2011 dan sumbangan kepada 10 orang pelajar cemerlang SPM yang dikenal pasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga kepada 10 orang warga tua / orang susah.

Aktiviti pembersihan pekan Semporna dimulakan dengan pembahagian zon pembersihan di mana para peserta berpecah menjalankan gotong royong mengikut zon-zon yang telah ditetapkan. Kawasan-kawasan yang dikenalpasti adalah Pasar Ikan, Pasar Umum, Supermarket Giant, Maybank, Kedai D’Mart, Milimewa, Bangunan UMNO, Terminal Bas, Bangunan MARA, Kawasan sekitar pantai.

Peserta program terdiri daripada 380 orang (150 Pelajar KPTM Semporna, 30 kakitangan KPTM, 150 orang Pemuda UMNO Semporna & 50 pelajar Giat MARA)

Pengerusi KPTM, Dato’ Sohaimi Shahadan "Program kerjasama sebegini memang sangat bagus kerana dapat menyuntik rasa kprihatinan yang tinggi dan pada masa bantuan kewangan itu dapat membantu masyarakat yang susah di kawasan ini".

Mohd Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Semporna merangkap Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB "Dengan adanya program seperti ini, masyarakat kawasan ini akan lebih mengenali KPTM, dan kami sebagai pemimpin masyarakat akan sentiasa membantu program-program prihatin seperti ini".

Azman Husin, Eksekutif KPTM Semporna "Ini program yang terbaik dilakukan, disamping dapat memberi bakti dan kebajikan kepada masyarakat setempat, ia juga memberi promosi dan publisiti kepada penduduk di sini. Semoga ia akan terus diadakan pada masa-masa akan datang".



TUJUAN

  • Sebagai satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPTM.
  • Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan menjaga kebersihan.
  • Untuk memberi publisiti dan mempromosikan KPTM kepada umum tentang peluang melanjutkan pengajian di KPTM bagi sesi Jun/Julai 2011.


OBJEKTIF PROGRAM

  • Sebagai tanda keprihatinan KPTM terhadap masyarakat setempat.
  • Untuk mengukuhkan imej KPTM di mata umum.
  • Untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara KPTM dan masyarakat Semporna khususnya dan masyarakat Sabah amnya.

 



Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat